Home » IJAPS Profile: Prof. Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar

IJAPS Profile: Prof. Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar

Prof. Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar

Md Salleh YaaparProfesor Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar ialah profesor Kesusasteraan Bandingan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan merangkap Pengarah, Penerbit USM, Universiti Sains Malaysia. Beliau ialah mantan Penyandang Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu, di Universiti Leiden, Belanda (2003-2006). Sebelumnya, beliau ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya, Sarjana Sastera dari University of the Philippines, Quezon City, Sarjana Sastera dan Doktor Falsafah (pangkat Cemerlang) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat.

Bidang kepakaran beliau ialah Kesusasteraan Bandingan, Teori Sastera, dan Kesusasteraan Dunia Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil penyelidikannya di dalam pelbagai jurnal antarabangsa seperti Indonesia and the Malay World,Asian Journal of Social Science, The Muslim World, IIAS Newsletter, danMuslim Education Quarterlydan jurnal di Asia Tenggara seperti Ulumul Qur’an,Horison, Tenggara, dan Pangsura. Buku-buku dan monografnya termasuklahPilgrimage to the Orient, Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the Poems of Amir HamzahCultural Encounter and Religious Engagement in Nurturing World Peace: Lessons from Selected Literary Works and Authors, dan Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Asia Tenggara Abad ke-21.

Prof. Dato’ Dr. Md Salleh Yaapar ialah Naib Pengerusi, Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia dan ahli Board of Recommendation, Netherlands-Malaysia Association, the Hague. Beliau juga ahli sidang penasihat antarabangsa bagiDimension: Journal of Indonesian and Malaysian Studies (Jerman), E-Utama: Journal of Malay Culture, Language, Literature and Education (Singapura),Sari: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu (Malaysia), dan Jurnal Pengajian Melayu (Malaysia). Beliau juga ahli lembaga pengarang bagi Malay Literature(Malaysia), Heritage Asia (Malaysia) dan Kemanusiaan: Asian Journal of Humanities (Malaysia).

Bio credit INCOH, USM.

Share

SCImago Journal & Country Rank

GET THE LATEST ISSUE